免費開始練習
專技普考 114年 [領隊人員] 外國語(西班牙語)

第 78 題

📖 題組:
Ulam ialah sayur-sayuran atau tumbuh-tumbuhan yang boleh dimakan baik terus mentah. Selalunya bagi menambah rasa kepada ulaman yang dimakan, ia dicecah dengan sambal belacan, budu, cencaluk, mayonis, atau cecahan-cecahan lain. Biasanya disertakan sekali dengan nasi dan lauk-pauk yang lain. Amalan makan ulam sudah menjadi budaya masyarakat Melayu sejak turun-temurun lagi. Di Malaysia lebih daripada 120 jenis tumbuhan telah dimakan sebagai ulam yang terdiri daripada pelbagai keluarga tumbuh-tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan tersebut terdiri daripada tumbuhan herba kecil dan melata, jenis semusim seperti pegaga, sehingga pokok-pokok renek dan pokok-pokok besar jenis saka seperti petai, jering, genuak dan kerdas, yang biasanya tumbuh liar di kawasan pedalaman, di dusun atau di hutan belantara. Di samping membangkit selera, masyarakat Melayu gemar masukkan sajian ulam dalam makanan yang dihidangkan kerana kebaikannya untuk kesihatan. Ini disebabkan kebanyakan ulam mengandungi banyak nutrien penting serta bahan antioksi dan yang mampu menghalang tindakan radikal bebas. Apabila ulam dimakan mentah, kandungan zat dan vitaminnya akan dipelihara dan tidak akan hilang seperti yang terjadi pada makanan lain akibat masak lama. Sebagai contoh, daun kaduk didapati mempunyai kalsium (Ca), fosforus (P), dan besi (Fe) yang paling tinggi dibandingkan dengan ulam-ulam lain.
Ulam mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Kebanyakan ulam sesuai diamalkan setiap hari kerana ia mengandungi kandungan serat yang amat diperlukan oleh sistem penghadaman manusia. Serat memainkan peranan sebagai pengisi pada bahan buangan dan memudahkan pergerakan najis dalam saluran usus. Ulam juga memainkan peranan penting dalam perubatan Melayu dan kini pakar pengkaji perubatan barat juga turut mengakui khasiat ulam sebagai tambahan yang baik untuk badan.
Perkataan "sajian" dalam petikan tidak boleh digantikan dengan perkataan "____".
  • A makanan
  • B hidangan
  • C suguhan
  • D kandungan

思路引導 VIP

請先回到文章中找出「sajian」出現的那個句子,觀察它前後搭配的字詞(例如「masukkan... dalam makanan yang dihidangkan」)。在這個把生菜(ulam)端上餐桌的情境中,「sajian」應該是指什麼意思呢?接著再看看四個選項,哪一個詞的意思跟「餐桌上的食物或菜餚」完全無關,反而比較常在後面討論「營養成分」時出現?

🤖
AI 詳解 AI 專屬家教

恭喜你答對了!能精準選出 (D) kandungan,代表你對馬來語的詞彙累積與上下文語境的掌握度都非常扎實。

詞義辨析與語境驗證

我們來看文章中的原句:「...masyarakat Melayu gemar masukkan sajian ulam dalam makanan yang dihidangkan...」。這裡的 sajian 源自字根 saji(端上食物),指的是「菜餚、餐點」。選項中的 (A) makanan(食物)、(B) hidangan(菜餚、餐點)以及 (C) suguhan(招待的餐點),都是與飲食相關的同義或近義詞,代入句中語意皆通順。唯獨 (D) kandungan 指的是「內容物、成分、含量」(正如後文提到的 kandungan zat 營養成分),無法用來指稱端上桌的菜餚,因此絕對不能替換。

▼ 還有更多解析內容