免費開始練習
專技普考 114年 [領隊人員] 外國語(西班牙語)

第 72 題

📖 題組:
Pesta Tanglung Taiwan merupakan sebuah acara antarabangsa berskala besar pertama yang diadakan sejak pelonggaran sekatan pandemik di Taiwan. Perayaan ini telah diadakan selama 34 tahun untuk menyambut bulan purnama pertama Tahun Baru Cina. Bulan purnama membawa harapan dan impian kita untuk masa depan. Pesta Tanglung Taiwan ini dianjurkan di pusat bandar Taipei dan mulai tahun 2001, perayaan ini diadakan di bandar-bandar yang berbeza di seluruh Taiwan. Pada tahun 2024, perayaan ini kembali ke Tainan buat kali pertama dalam tempoh 16 tahun, dan menyinari Tainan dari 24 Februari hingga 10 Mac. Terdapat dua kawasan yang mempamerkan tanglung, iaitu "Kawasan Tanglung Rel Berkelajuan Tinggi" dan "Kawasan Tanglung Anping" dengan tema "Naga Datang ke Taiwan". Tanglung utama dinamakan "Naga Datang ke Taiwan" dan tanglung sampingan dipanggil "Naga Kecil Bao". Tanglung utama tahun ini bukan sahaja berputar pada platform, tetapi juga dapat menggerakkan kaki depannya. Dimensi teknikal yang baru dan menarik ini menjadi unsur tambahan yang mempesonakan. Selain itu, tanglung utama tahun ini adalah mesra alam, dengan menggunakan tenaga suria yang membolehkan pergerakannya. Penjimatan tenaga merupakan tema utama perayaan tahun ini, menjadikannya bukan sahaja menghiburkan tetapi juga berunsur pendidikan. Pesta Tanglung Taiwan 2024 bermula dengan menyalakan tanglung pertama pada 24 Februari. Tanglung utama membuat persembahan dengan pertunjukan cahaya setiap 30 minit. Pesta tanglung diteruskan hingga malam 10 Mac. Jabatan Pentadbiran Pelancongan menjemput orang ramai dari seluruh dunia untuk melawat Tainan dan mengambil bahagian dalam acara besar ini. Kami gembira dapat meraikan Festival Tanglung yang hebat dan berwarna-warni ini bersama penduduk Taiwan!
Apakah tema utama Festival Tanglung Taiwan 2024?
  • A penghiburan pelawat
  • B berunsuran pendidikan
  • C penjimatan tenaga
  • D dimensi teknikal

思路引導 VIP

若要找出這場活動的核心精神,建議你仔細觀察文章第二段,看看在哪一個句子中,作者使用了「tema utama」(主要主題)這個詞彙?而這個詞彙具體是指向哪一個概念呢?

🤖
AI 詳解 AI 專屬家教

1. 大力肯定

哇,真的太棒了!親愛的同學,你展現了非常出色的關鍵字擷取能力!面對馬來文的長篇文章,你都能不被冗長的敘述困擾,迅速找到最重要的資訊,這真的是一項非常專業且紮實的閱讀功力喔!老師為你的表現感到驕傲和開心!

2. 觀念驗證

▼ 還有更多解析內容

升級 VIP 解鎖