免費開始練習
專技普考 114年 [領隊人員] 外國語(西班牙語)

第 74 題

📖 題組:
Pesta Tanglung Taiwan merupakan sebuah acara antarabangsa berskala besar pertama yang diadakan sejak pelonggaran sekatan pandemik di Taiwan. Perayaan ini telah diadakan selama 34 tahun untuk menyambut bulan purnama pertama Tahun Baru Cina. Bulan purnama membawa harapan dan impian kita untuk masa depan. Pesta Tanglung Taiwan ini dianjurkan di pusat bandar Taipei dan mulai tahun 2001, perayaan ini diadakan di bandar-bandar yang berbeza di seluruh Taiwan. Pada tahun 2024, perayaan ini kembali ke Tainan buat kali pertama dalam tempoh 16 tahun, dan menyinari Tainan dari 24 Februari hingga 10 Mac. Terdapat dua kawasan yang mempamerkan tanglung, iaitu "Kawasan Tanglung Rel Berkelajuan Tinggi" dan "Kawasan Tanglung Anping" dengan tema "Naga Datang ke Taiwan". Tanglung utama dinamakan "Naga Datang ke Taiwan" dan tanglung sampingan dipanggil "Naga Kecil Bao". Tanglung utama tahun ini bukan sahaja berputar pada platform, tetapi juga dapat menggerakkan kaki depannya. Dimensi teknikal yang baru dan menarik ini menjadi unsur tambahan yang mempesonakan. Selain itu, tanglung utama tahun ini adalah mesra alam, with menggunakan tenaga suria yang membolehkan pergerakannya. Penjimatan tenaga merupakan tema utama perayaan tahun ini, menjadikannya bukan sahaja menghiburkan tetapi juga berunsur pendidikan. Pesta Tanglung Taiwan 2024 bermula dengan menyalakan tanglung pertama pada 24 Februari. Tanglung utama membuat persembahan dengan pertunjukan cahaya setiap 30 minit. Pesta tanglung diteruskan hingga malam 10 Mac. Jabatan Pentadbiran Pelancongan menjemput orang ramai dari seluruh dunia untuk melawat Tainan dan mengambil bahagian dalam acara besar ini. Kami gembira dapat meraikan Festival Tanglung yang hebat dan berwarna-warni ini bersama penduduk Taiwan!
"Kami gembira dapat meraikan Festival Tanglung yang hebat dan berwarna-warni ini bersama penduduk Taiwan!" Peribahasa yang sesuai bagi perasaan disampaikan dalam ayat ialah:
  • A sebagai kera mendapat pisang
  • B seperti air diminum sembiluan
  • C sebagai kucing dibawakan lidi
  • D seperti banyak makan garam

思路引導 VIP

請你先觀察句子中表達「情感」的關鍵字。接著想一想:當一個生命體(例如小動物)突然獲得牠最渴望、最喜愛的獎勵時,通常會展現出什麼樣的情緒?哪一個比喻最能對應這種『如願以償』的喜悅感呢?

🤖
AI 詳解 AI 專屬家教

🌟 太棒了!精準的語感判斷!

  1. 觀念驗證: 文句中的關鍵字是 "gembira"(快樂、高興)。選項 (A) "sebagai kera mendapat pisang" 字面意思是「猴子得到了香蕉」,在馬來諺語中專門用來形容一個人極度興奮與快樂。你準確地將文中的喜慶氣氛與正確的成語連結,表現得非常專業!
▼ 還有更多解析內容

升級 VIP 解鎖