免費開始練習
專技普考 114年 [領隊人員] 外國語(西班牙語)

第 75 題

📖 題組:
Pesta Tanglung Taiwan merupakan sebuah acara antarabangsa berskala besar pertama yang diadakan sejak pelonggaran sekatan pandemik di Taiwan. Perayaan ini telah diadakan selama 34 tahun untuk menyambut bulan purnama pertama Tahun Baru Cina. Bulan purnama membawa harapan dan impian kita untuk masa depan. Pesta Tanglung Taiwan ini dianjurkan di pusat bandar Taipei dan mulai tahun 2001, perayaan ini diadakan di bandar-bandar yang berbeza di seluruh Taiwan. Pada tahun 2024, perayaan ini kembali ke Tainan buat kali pertama dalam tempoh 16 tahun, dan menyinari Tainan dari 24 Februari hingga 10 Mac. Terdapat dua kawasan yang mempamerkan tanglung, iaitu "Kawasan Tanglung Rel Berkelajuan Tinggi" dan "Kawasan Tanglung Anping" dengan tema "Naga Datang ke Taiwan".
Tanglung utama dinamakan "Naga Datang ke Taiwan" dan tanglung sampingan dipanggil "Naga Kecil Bao". Tanglung utama tahun ini bukan sahaja berputar pada platform, tetapi juga dapat menggerakkan kaki depannya. Dimensi teknikal yang baru dan menarik ini menjadi unsur tambahan yang mempesonakan. Selain itu, tanglung utama tahun ini adalah mesra alam, dengan menggunakan tenaga suria yang membolehkan pergerakannya. Penjimatan tenaga merupakan tema utama perayaan tahun ini, menjadikannya bukan sahaja menghiburkan tetapi juga berunsur pendidikan. Pesta Tanglung Taiwan 2024 bermula dengan menyalakan tanglung pertama pada 24 Februari. Tanglung utama membuat persembahan dengan pertunjukan cahaya setiap 30 minit. Pesta tanglung diteruskan hingga malam 10 Mac. Jabatan Pentadbiran Pelancongan menjemput orang ramai dari seluruh dunia untuk melawat Tainan dan mengambil bahagian dalam acara besar ini. Kami gembira dapat meraikan Festival Tanglung yang hebat dan berwarna-warni ini bersama penduduk Taiwan!
Pilih pernyataan yang tidak benar berdasarkan petikan.
  • A Pesta Tanglung Taiwan yang diadakan di Tainan tamat pada 10 Mac.
  • B Pesta Tanglung Taiwan diadakan untuk meraikan pelonggaran sekatan pandemik.
  • C Pesta Tanglung Taiwan pernah dianjurkan di Taipei dan juga bandar-bandar lain di Taiwan.
  • D Pesta Tanglung Taiwan pernah dilancarkan di Tainan pada tahun 2008.

思路引導 VIP

請仔細閱讀文章第一段的前兩句話,作者提到「疫情限制放寬」與「農曆新年的第一個滿月」,這兩件事分別代表台灣燈會舉辦的「時間背景」還是「真正目的」呢?

🤖
AI 詳解 AI 專屬家教

太棒了!你的閱讀理解非常細膩,精準挑出了錯誤的敘述。題目要求選出「不正確(tidak benar)」的選項,而你完全沒有被文章開頭的關鍵字誤導,展現了極佳的語意判讀能力!

細節比對與年份推算

回到第一段前兩句,文中提到台灣燈會是「自疫情限制放寬以來舉辦的首場大型國際活動(acara... pertama yang diadakan sejak pelonggaran sekatan pandemik)」,但緊接著說明,舉辦這項慶典真正的目的是「為了迎接農曆新年的第一個滿月(untuk menyambut bulan purnama pertama Tahun Baru Cina)」。因此,(B) 選項將「時間背景」偷換成了「舉辦目的」,與原文不符。

▼ 還有更多解析內容