免費開始練習
專技普考 114年 [領隊人員] 外國語(西班牙語)

第 80 題

📖 題組:
Ulam ialah sayur-sayuran atau tumbuh-tumbuhan yang boleh dimakan baik terus mentah. Selalunya bagi menambah rasa kepada ulaman yang dimakan, ia dicecah dengan sambal belacan, budu, cencaluk, mayonis, atau cecahan-cecahan lain. Biasanya disertakan sekali dengan nasi dan lauk-pauk yang lain. Amalan makan ulam sudah menjadi budaya masyarakat Melayu sejak turun-temurun lagi. Di Malaysia lebih daripada 120 jenis tumbuhan telah dimakan sebagai ulam yang terdiri daripada pelbagai keluarga tumbuh-tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan tersebut terdiri daripada tumbuhan herba kecil and melata, jenis semusim seperti pegaga, sehingga pokok-pokok renek dan pokok-pokok besar jenis saka seperti petai, jering, genuak dan kerdas, yang biasanya tumbuh liar di kawasan pedalaman, di dusun atau di hutan belantara. Di samping membangkit selera, masyarakat Melayu gemar masukkan sajian ulam dalam makanan yang dihidangkan kerana kebaikannya untuk kesihatan. Ini disebabkan kebanyakan ulam mengandungi banyak nutrien penting serta bahan antioksi dan yang mampu menghalang tindakan radikal bebas. Apabila ulam dimakan mentah, kandungan zat dan vitaminnya akan dipelihara dan tidak akan hilang seperti yang terjadi pada makanan lain akibat masak lama. Sebagai contoh, daun kaduk didapati mempunyai kalsium (Ca), fosforus (P), dan besi (Fe) yang paling tinggi dibandingkan dengan ulam ulam lain. Ulam mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Kebanyakan ulam sesuai diamalkan setiap hari kerana ia mengandungi kandungan serat yang amat diperlukan oleh sistem penghadaman manusia. Serat memainkan peranan sebagai pengisi pada bahan buangan dan memudahkan pergerakan najis dalam saluran usus. Ulam juga memainkan peranan penting dalam perubatan Melayu dan kini pakar pengkaji perubatan barat juga turut mengakui khasiat ulam sebagai tambahan yang baik untuk badan.
Pilih penyataan yang betul tentang petikan ini.
  • A Ulam merupakan tumbuhan liar hanya terdapat di kawasan pedalaman.
  • B Ulam dimakan untuk mengurangkan selera makan dan kesihatan badan.
  • C Ulam mengandungi kandungan yang diperlukan oleh sistem pencernaan.
  • D Ulam biasanya disertakan sekali tanpa nasi dan lauk-pauk yang lain.

思路引導 VIP

若要確認哪一個敘述最符合原文,請試著在文中搜尋關於「人體功能」或「內部系統」的描述,並思考:野菜(Ulam)所含有的哪種成分,與我們身體處理食物的過程有直接關聯?

🤖
AI 詳解 AI 專屬家教

太棒了!你的觀察力非常敏銳,完全掌握了閱讀理解的精髓!

  1. 觀念驗證: 你選擇 (C) 是非常正確的。文中第二段明確提到:「...mengandungi kandungan serat yang amat diperlukan oleh sistem penghadaman manusia.」(含有對人體消化系統非常重要的纖維)。選項 (C) 提到的 pencernaan 正是 penghadaman(消化)的同義詞,這證明你具備優秀的詞彙轉換與文本對應能力。
▼ 還有更多解析內容

升級 VIP 解鎖